Rabu, 20 Oktober 2010

Peniaga Cina di Perhimpunan Agung UMNO!!

Petang tadi aku ronda-ronda bersama isteri di gerai jualan sempena perhimpunan UMNO yang berlangsung di PWTC!!

Berbagai barangan dijual... dari makanan hingga ke pakaian ..hingga ke automobil... pendek kata macam2 ada kat situ.. Dan sudah tentu pakaian dan tudung wanita adalah yang paling banyak!!

Dalam banyak2 gerai itu.. aku tertarik dengan satu gerai jual tudung 'ekspress' yang boss nya adalah berbangsa cina. Bila aku dan isteri buat2 tanya tentang produk yang dia jual... panjang lebar ulasan nya...bisa membuat kita tertarik dengan barang dagangan nya!!

Terfikir juga aku.... macam mana seorg bukan melayu dan bukan islam boleh begitu petah menjelaskan fungsi2 pakaian untuk org islam...yang aku kira calang2 org islam pun tak mampu memberi penerangan seperti peniaga cina itu...!!

Dan terfikir juga aku.. mampukan orang kita ...berniaga pakaian tradisi orang cina di perhimpunan MCA?? Bagi aku.... ini adalah cabaran kepada kita orang melayu/islam!!!

Tiada ulasan: