Selasa, 19 Oktober 2010

Jin Pun Dah Jadi Peguam Bela !!

Mendengar cerita rakan sekerja pagi buat aku terlopong seketika... Dia bercerita tentang isteri salah seorang rakan sekerja telah dirasuk oleh jin dan lebih kagum aku bila jin yang merasuk isteri tersebut mahu rakan sekerja aku itu gugurkan sati kes jenayah terhadap jiran sebelah rumah nya!!

Semua kisah bermula bila jiran kawan sepejabat itu telah memecah masuk rumah dan cuma membuat sesuatu yang buruk kepada isterinya...!!! Nasib baik isteri nya dapat melepaskan diri ...pada masa itu rakan sekerja aku tu sedang bertugas di kuar kawasan!!!!

Bila kes ini dibawa ke tengah...jiran tersebut telah mendesak agar tuduhan terhadap nya ditarik balik.... kemuncak kepada itu..jiran tersebut konon nya telah jumpa bomoh hitam bagi menghuruhara keluarga rakan aku itu!!!

Hurubiru juga rumah rakan aku tu....dan lebih malang isterinya selalu dirasuk ..dan..dalam bawah sedar itu akan ada suara lain yang akan mendesak suami nya supaya tarik balik laporan polis yang telah dibuat!!!

Ini lah pertama kali aku dengar kisah jin yang tiba2 menjadi peguam....!! dan mendesak laporan polis ditarik balik!!!

Hingga entri ini ditulis rakan aku itu masih tetap pendirian nya untuk mengabil tindakan mahkamah kepada jiran nya itu ..walau pun terpaksa menghadapi tekanan yang agak hebat dari makhluk halus itu!!! Namun aku juga percaya... Allah maha kuasa untuk melindungi hamba nya yang teraniaya!!

Tiada ulasan: