Khamis, 7 Oktober 2010

Bahasa Jiwa Bangsa ...."bola tak ada mata bang..!!"

Benar....!!!bahasa adalah jiwa bangsa...!! bahasa juga melambangkan sikap dan tahap intelektual kita..oleh itu berhahati-hati bila bercakap...!!

Ketika sedang memandu kereta di kawasan Kampung Baru , Kuala Lumpur...tiba-tiba hp pun aku berdering.... lalu aku perlahan kan kereta dan berhenti di tepi jalan untuk menjawab panggilan...!!!

Sedang aku bercakap melalui hp..tiba2 pangggggg...!!! bunyi sesuatu melantun ke arah kereta aku....dan bila aku keluar kereta... aku dapati cermin sisi kereta ku pecah...akibat terkena lantunan bola yang disepak oleh sekumpulan pemuda yang sedang bermain bola!!!

Beberapa orang dari mereka datang kearah kereta aku.... dan aku segera bertanya siapa yang menyepak bola itu hingga menyebabkan cermin sisi ku pecah.... dalam dok dalih sana dalih sini... salah seorang dari mereka berkata..." bola tak ada mata bang...!!" hehe mengelang aku dengar kata2 separuh tiang itu.... mmg lah bola itu tidak bermata...tetapi yang sepak bola tu ada mata.....!!!!!

Nampaknya begitu lah tahap pemikiran bila nak mengelak dari bertanggungjawab?? apakah dengan menjawab begitu maka kita rasa semua masalah boleh selesai???

Yang pasti... aku malas nak terus melayan kata2 tak berapa cerdik macam tu... aku bagi no hp aku dan 'kepala' mereka bagi no hp menager mereka yg boleh aku hubungi.... haha rupa2 nya mereka itu pasukan bola salah sebuah bank terkenal di Malaysia...haha kalau begitu lah mentaliti staf2 mereka maka tak pelik lah kalau mungkin ada banyak runggutan dalam perkhidmatan mereka....!!

Bahasa jiwa bangsa!!

Tiada ulasan: