Selasa, 5 Oktober 2010

Mohon Restu untuk PMR...!!!!

Semalam bermula peperiksaan PMR untuk murid-murid tingkatan 3... putri sulung aku juga antara salah seorg calon nya!!!

Pagi semalam... seperti biasa kami sekeluarga bersiap..ada yang nak gi sekolah dan aku dan isteri bersiap untuk ke tempat kerja... dan kerana isteri ku cuti separuh hari sempena PMR maka aku bersiap agak lambat sikit kerana tak perlu hantar isteri ke office!!

Lepas mandi..dan bersiap.... putri sulong ku yang akan ambil peperiksaan datang ke kepada aku... dia hulurkan tangan bersalam dengan ku.. dia cium tangan ku..dan peluk ku sambil menangis tersedu... " bah..doa kan saya...saya mohon restu untuk exam,,"

Aku terkedu... aku tepuk belakang putri perlahan....." ye..babah restu...semuga mendapat kejayaan cemerlang..!" bisik ku perlahan....!!!

kepada semua putri2 ku....sayang kamu semua...dan babah sentiasa doakan agar kalian akan berjaya di dunia dan akhirat!!!

Tiada ulasan: