Jumaat, 10 September 2010

JEMAAH SEMBAHYANG ATAS KERUSI PUN BEREBUT SAF DEPAN.....KITA MACAM MANA???

Pertamanya aku ingin ucapkan selamat hari raya aidil fitri..maaf zahir da batin kepada pengunjung dan pembaca blog ini.

Raya pertama semalam ..aku bersembahyang raya di sebuah masjid di Ampang... masjid nya besar dan indah...begitu juga dengan jemaah nya ramai dan padat....!!

Aku ambil tempat dihujung kerana ruang banyak sudah penuh,, kebetulan di sebelah aku seorang yang uzur dan terpaksa bersembahyang di kerusi... masuk jee aku terus sembahyang sunat tahyatul masjid ...lepas salam aku bersalam dengan abang yang sembahyang kat kerusi sebelah aku itu.. digengam edat tangan yang aku  hulur sambil senyum...sejuk hati aku....!!

Selepas takbir...sembahyang raya akan dimulakan.... makmun mula bergerak kedepan..walau ada juga yang tak mahu bergerak walaupun ruang depan nya kosong....tetapi aku amat terkejut...bila abang yang sembanyanh berkerusi sebelah aku tadi begitu cepat untuk merebut saf di depan walau pun terpaksa mengheret kerusi dan tongkatnya....!!

Aku jadi termenung seketika....kalau org yang kurang upaya begitu ...sangat kuat memegang sunnah untuk sembahyang di saf depan...mengapa kita yang sempurna ini tidak boleh berbuat begitu?? sehingga tiap kali nak mula sembahyang imam terpaksa memanggil untuk penuh kan saf depan???

Bukankah saf depan itu lebih afdal hinggakan zaman sahabat dulu ada yang terpaksa bergilir untuk berada disaf tersebut????

Selamat hari raya ..maaf zahir dan batin!!!!

Rabu, 8 September 2010

KEBAIKAN PENIAGA BAZAR RAMADAN..!!

Kalau kita ke bazar Ramadan... selalu kita dengar runggutan..makanan mahal... makanan tak sedap.... ada juga yang basi dan sebagai nya...!!!

Aku ke sebuah bazar Ramadan yang berdekatan rumah... waktu lebih kurang kul 6.20 petang.... niat mmg nak makan nasi beriani... dah 2-3 kali aku nampak nasi tersebut tetapi tak pernah sempat nak beli...  ada sekali nak beli sudah habis pula...!!

Hari tersebut aku lagi sekali nak beli beriani kambing...bila aku pergi...sambil senyum penjual tu kata.."nasi dah habis bang...!" frust juga aku.... tetapi dalam periuk nya aku lihat masih ada seketul daging kambing... bila dia lihat aku nampak minat pada daging tersebut dia segera bersuara.." tak pe bang...kerana abang dah ada niat nak makan... saya bagi percuma daging kambing ni untuk abang.." sambil dia terus membungkus daging kambing tersebut!!

Aku rasa segan sendiri...lalu aku tenguk kat periuk sebelah ada 3 ketul ayam...lalu aku kata nak beli ke semua ayam tersebut.....rasa tak selesa pula aku kalau ambil free jee daging kambing tu....!!!
" abang bayar RM5 saja lah untuk 3 ketul ayam tu..." kata penjual itu..terkebil2 aku..murah nya!!! dia terus bungkus dan bagi kat aku....!! aku bayar dan ucap terima kasih....!!

Kalau hari2 macam ni bagus juga.. banyak boleh jimat bulan2 puasa ni!!
Rupa2 nya bukan semua peniaga bazar ramadan yang fikirkan untung semata2...masih ramai lagi yang berhati baik dan tidak berkira sangat tentang untung rugi.... kepada akak yang jual nasi briani tersebut aku ucapkan semuga terus maju jaya dalam perniagaa..!!

Selasa, 7 September 2010

PEMUDA BUTA DAN HP TOUCHSCREEN.

Aku nak gelak pun ada ..kesian pun ada.....cuba bayangkan..seorang pemuda yang buta... minta tolong seorang kawan nya tolong membelikan sebuah hp....!!!

Yang buat aku nak gelak bukan apa... bila si kawan tadi telah membeli hp touchscreen..untuk kawan nya yang buta tersebut...cuba kita bayangkan... macammana org buta nak gunakan hp macam tu??

Dan yang celik tu pun..tak boleh kee guna akal sikit...?? kesian aku kat pemuda buta tersebut... last2 dia terpaksa menjual hp itu kepada orang lain kerana mmg hp jenis touchscreen langsung tidak mesra pengguna untuk golongan buta!!

Kepada sesiapa yang ingin menolong... tenguk lah juga apa benda yang kita tolong itu...agar pertolongan kita tidak menjadi masalah kepada org lain....!!!