Jumaat, 10 September 2010

JEMAAH SEMBAHYANG ATAS KERUSI PUN BEREBUT SAF DEPAN.....KITA MACAM MANA???

Pertamanya aku ingin ucapkan selamat hari raya aidil fitri..maaf zahir da batin kepada pengunjung dan pembaca blog ini.

Raya pertama semalam ..aku bersembahyang raya di sebuah masjid di Ampang... masjid nya besar dan indah...begitu juga dengan jemaah nya ramai dan padat....!!

Aku ambil tempat dihujung kerana ruang banyak sudah penuh,, kebetulan di sebelah aku seorang yang uzur dan terpaksa bersembahyang di kerusi... masuk jee aku terus sembahyang sunat tahyatul masjid ...lepas salam aku bersalam dengan abang yang sembahyang kat kerusi sebelah aku itu.. digengam edat tangan yang aku  hulur sambil senyum...sejuk hati aku....!!

Selepas takbir...sembahyang raya akan dimulakan.... makmun mula bergerak kedepan..walau ada juga yang tak mahu bergerak walaupun ruang depan nya kosong....tetapi aku amat terkejut...bila abang yang sembanyanh berkerusi sebelah aku tadi begitu cepat untuk merebut saf di depan walau pun terpaksa mengheret kerusi dan tongkatnya....!!

Aku jadi termenung seketika....kalau org yang kurang upaya begitu ...sangat kuat memegang sunnah untuk sembahyang di saf depan...mengapa kita yang sempurna ini tidak boleh berbuat begitu?? sehingga tiap kali nak mula sembahyang imam terpaksa memanggil untuk penuh kan saf depan???

Bukankah saf depan itu lebih afdal hinggakan zaman sahabat dulu ada yang terpaksa bergilir untuk berada disaf tersebut????

Selamat hari raya ..maaf zahir dan batin!!!!

Tiada ulasan: