Selasa, 23 Oktober 2012

Tun M Pun Guna Proto exora.

Semalam aku hadir sebagai peserta Simposium Dialog Peradaban di Akedemi Pengajian Islam, UM.

Sebagai Negarawan Terulung kehadiran Tun M memberi ucaptama pada majlis itu memberi impak yang besar.

Dialog itu turut dihadiri oleh Dr Yoici Kagawa, Pengarah Institut Falsafah Oriental dan Prof Dr Mohd Hamdi dari UM.

Aku amat teruja bila Tun M cuma hadir dgn menaiki kereta Proto Exora... Maka benar lah ..Ular Menyusur Akar tidak akan hilang bisanya...!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Isnin, 22 Oktober 2012

Tahniah Pasukan Gomo Kelate Gomo!!

Tahniah kepada pasukan Kelantan. Dengan semangat juang yang tinggi pasukan Gomo menang lagi.

Gomo Kelate Gomo!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Nak Membelok..Pasang signal lah wey..!!

Kalau nak belok masuk..sila lah guna guna signal..jangan dok susah kan org lain. Aku selalu mengalami situasi ini... kita iye2 dok tunggu nak keluar dari simpang...nampak kereta laju meluncur...kita tunggu...alih2 dia masuk simpang...!!! tanpa menggunakan signal pun...!!

Aku kadang2 hangin dengan pemamndu seperti ini..susah sangat ke nak pasang signal tu?? Apa guna lampu signal dibuat cantik2 kalau tak mahu guna??

Cuma dengan pasang signal kita sebenar nya memudahkan ramai org ..termasuk kepada yg sedang mengekor kenderaan kita dari belakang. Cuba bayangkan kalau tiba2 kenderaan depan kita membelok tanpa bagi signal...silap2 boleh berlaku kemalangan..!!

Kepada yg berat tangan nak pasag signal tu...fikir2kan lah susah org lain juga..jangan cuma penting kan diri sendiri saja..!!!

Jumaat, 19 Oktober 2012

Tak Rugi Tutup Gerai Sekejap Untuk Sembahyang Jumaat..!

Semasa gi sembahyang jumaat aku mmg telah lama perasan ada satu gerai makan yg dibuka di tepi masjid....!! Bukan gerai itu yg menjadi persoalan adalah sikap pengusaha gerai itu yg seakan tidak menghormati hari jumaat..!!

Bila org sedang menunaikan sembahyang..ada beberapa org pemuda yg mengusahakan gerai itu..langsung tidak merasa malu utk tidak turut sama menunaikan fardhu tersebut.... mereka selamba duduk dan makan di gerai  sementara menunggu org habis sembahyang jumaat  utk membeli makanan di gerai mereka.

Sebagai org islam...tidak rugi rasanya mereka menghormati org yg sembahyang jumaat. Malah tidak rugi rasa nya utk menutup sekejap perniagaan dan turut sembahyang bersama2...!!! Allah tidak akan merugikan hambaNya ..hanya kerana beribadah..!!!

Khamis, 18 Oktober 2012

Macam Mana Tiket Final Kelantan VS ATM Setengah Jam dah Habis????

Sebagai anak Kelantan , aku amat bangga bila Kelantan sekali lagi masuk final. Seperti anak2 Kelantan yang lain aku juga tidak sabar untuk melihat aksi pertandingan akhir itu...!!

Tetapi di Kelantan ..sesuatu yang aku rasa perkara paling tidak wajar berlaku lagi... 10,000 tiket untuk final yang di jual di perkarangan stadium Sultan Muhamad ke 4, habis dalam tempuh setengah jam.

"ambo tunggu sini sejok pukol 8 pagi...tp pukul 10 pagi habis doh..!!"... itu antara rungutan penyokong kelantan.

Aku pelik juga..megapa isu seperti ni terus berlaku..dan terus berlaku..apa kah tiada tindakan dari pihak berkenaan. kesian kepada penyokong Kelantan yg ikhlas utk menyokong pasukan mereka ...!!

Aku harap penyokong Kelantan tidak patah semangat dengan isu ini...!! Dan kepada penyokong Kelantan yg akan turun ke KL...pandulah dengan selamat....dan jange galok2 sangat!!!

Pesakit Cuma Ada 2 Jam lagi untuk hidup..!!

Takdir ajal dan maut di tangan Allah,,itu hakikat yg tidak boleh ditolak. walau pun sebijak mana Doktor tidak akan mampu menjangka umur manusia.

Seorang sedara terdekat dimasuk kan ke wad. Penyakit nya sangat serius. Berbagai usaha dan berjenis2 ubat telah masuk tubuh beliau, tetapi penyakit tidak berubah malah kelihatan semakin serius. Pasukan doktor yang merawat sudah habis iktiar.

Doktor telah memanggil semua keluarga terdekat pesakit untuk melawat. Pada waktu itu doktor telah memberi ubat terakhir kepada pesakit... dan pada masa yg sama doktor juga memberitahu kepada suami pesakit bahawa....isterinya cuma ada 2 jam untuk hidup.

Mendengar kata2 doktor tersebut..si suami meminta izin utk membawa isteri nya pula..tetapi doktor tidak membenarkan " Jika pakcik bawa isteri pakcik keluar dari wad ini ...sebelum sampai ke lobi isteri pakcik akan meninggal..."

Tetapi alhamdullilah...selepas diberi ubat terakhir..tiba2 pesakit mula menunjukan tanda serasi..dan telah sihat sehingga sekarang..!!!

Jelas...walau pun cuba ada 2 jam...kita perlu berusaha..kerana mungkin masa 1 saat itu pun mampu selamatkan 1 nyawa..!!

Rabu, 17 Oktober 2012

Halalkah Duit Perniagaan tu?

Hari Sabtu...aku pusing2 Pasar Malam Jalan TAR yang terkenal itu. Ada seorang gadis merunggut kepada kawannya.

" air kelapa ni harga sampai RM2 ..tetapi rasa nya macam air paip..." marah betul dia.

Aku jadi terfikir juga..mengapa masaih ada peniaga yang nak kaut untung mudah macam tu..!! apakah mereka berniaga tidak pernah fikir dosa pahala??

Semuga kita dilindungi sifat seperti itu..!!

Mengapa Basah Kalau Tak Hujan??

Jam dah menunjukan pukul 2 petang. Aku perlu segera sampai ke pejabat. Malang nya sekitar tempat tinggal aku hujan lebat..amat lebat. macam mana ni??
Setelah berfikir sejenak aku ...aku ambil keputusan untuk redah saja hujan dengan motor aku. Lepas pakai baju hujan...aku mula memecut motor membelah hujan lebat......hujan amat lebat sehingga aku basah kuyup....!! tetapi demi utk sampai ke pejabat aku redah juga hujan lebat itu...!! hehe ...dalam beberapa kilometer aku pecut motor ..tiba2 aku tenguk cuaca cerah..tiada hujan.....!! laaa....hujan lebat ni cuma tenpat aku saja ke??? kat sini kering je...!!!

Bila sampai ke lampu isyarat merah..aku berhenti utk tunggu lampu kembali hijau..hehe ...aku perasan org2 sekeliling aku memandang aku dengan pelik..cam mana aku boleh basah kuyup dalam cuaca cerah...!!

hehe...lampu hijau jee..aku terus pecut....nak sampai cepat ke pejabat...maklum lah aku dah lambat...tak kan aku nak bagi alasan hujan sbb lambat sedangkan cuaca sekitar pejabat aku mmg cerah dan tiada hujan...!!

Kalau keadaan cam mana ni...cam mana nak jawab ek??

Selasa, 16 Oktober 2012

Nasi Kandar Pelita Menipu Pelangan Islam??

Cerita tentang kedai mamak ni sentiasa menjadi perhatian... bukan sahaja kerana teh tarik dan kari nya yg sedap..tetapi kerana bebarapa cerita di sebalik tabir yg sentiasa membuat kita terkejut.

Satu masa dulu riuh konon nya kedai mamak kotor... habis diselongkar tentang betapa kotor nya kedai mamak ni... lepas tu riuh pula dengan isu mamak palsu....ada kalangan mamak yg disangka islam itu..mengucap pun tak boleh....!!

Sekarang ni riuh pula ..konon nya rangkaian nasi kandar Pelita yg terkenal itu dipunyai oleh org bukan islam dan sebahagian dari keuntungan nya disalurkan kepada pembangunan rumah ibadah hindu...!! isu itu membuat ramai org2 islam sudah mula ragui utk terus makan di situ.

Sebenar nya isu yg paling besar kat sini ..adalah mengapa restoran nasi kandar Pelita mengantungkan ayat2 quran di premis mereka jika owner nya bukan islam? Apakah mereka sengaja mahu penipu orang islam??

Semuga lepas ini kita lebih bijak memilih..!!

Isnin, 15 Oktober 2012

Mengapa Restoran Mamak jadi Pilihan??

Lepak di Restoran mamak sudah menjadi budaya hidup kita. Dari awal pagi hingga ke lewat malam..kita dok kumpul kedai mamak.....!! kalau tak kena teh terik mamak satu hari rasa macam tak lengkap hidup ni..tu lah penangan kedai mamak..!!

Mengapa itu terjadi?? sedap sangatkah teh tarik dan makanan kat situ?? apakah kedai makanan melayu tidak sesedap makanan mamak?? rasa nya tidak begitu....!! habis mengapa kita semua lebih suka lepak di kedai mamak dari kedai bangsa sendiri???

Sekarang ni ...satu persatu..restoran mamak yang siang malam kita dok lepak tu rupa2nya kepunyaan org bukan islam dalam kata lain bukan kedai mamak sebenar pun... malah bukan nya sedikit keraguan tentang halal tak halal nya makanan di kedai2 berkenaan..tetapi itu langsung tidak menggugat bisnis kedai mereka....!!!

Mengapa kedai2 melayu tidak boleh jadi macam kedai mamak....!! dalam bisnis restoran ni ada beberapa perkara untuk mengikat pelangan...!!

Ada pelangan masuk restoran sebab harga nya murah... ada masuk sebab tempat nya selesa... ada yg masuk kerana layanan nya baik dan ada yg masuk kerana makanan nya sedap....!!

Dan kalau kedai makanan melayu ada 4 elemen tersebut...sudah tentu restoran melayu juga mampu bersaing dengan restoran mamak....!!! Masalah nya..mengapa masih banyak kedai makan melayu yg tidak menepati 4 ciri itu???