Ahad, 17 Oktober 2010

Bahasa Lambang Jiwa...!!!

Memang betul, jangan kita hakimi buku cuma melihat kepada kulit nya.
Petang semalam aku naiki LRT ke pusat bandar.... sampai di sebuah steyen naik sekumpulan budak2 muda yang lagak nya seperti menjengkelkan.... dengan gelak ketawa dan lagak mereka...!!!

Tetapi sesuatu berlaku yang membuat aku amat tidak sangka... seorang dari mereka...tiba2 duduk di sebelah aku... kerana ruang tepi aku agak lebih besar aku alihkan sikit supaya pemuda tadi boleh duduk dengan lebih selesa... dengan penuh sopan.. dia ucapkan terima kasih kepada aku...!!! aku pandang dia..dan aku senyum...!!

Ternyata..pandangan pertama aku kepada dia adalah salah.... sopansantun dan tutur kata nya amat lembut.. cuma bila dia bersama kawan2 sebaya sahaja perangai nya jadi berubah..!!

Aku yakin...masa dan pengalaman akan mengajar pemuda itu untuk menjadi manusia yang amat baik.... bak kata org tua... bahasa itu melambangkan diri kita yang sebenar!!!

2 ulasan:

Syed Nizam Syed Omar berkata...

budi bahasa budaya kita...senyumlah2x ahai..cek mek molek..
yang korek itu kendi,yang merah itu saga
yang baik itu budi,yang indah itu bahasa
lets rise ours hand and make a doa'

Kisah Cinta berkata...

amat benar kata Nizam, tiada apa yang lebih indah dari budi bahasa yang tinggi.