Ahad, 15 Ogos 2010

MENGAPA KERETA TIBA-TIBA BERATUR PANJANG DI MCDONALDS DRIVE THRU BILA BULAN PUASA??

Selepas hantar isteri ke klinik tengah hari tadi.... aku singgah kejap di petronas dekat Ampang Jaya untuk beli paper.... selalu nya aku baca Utusan tetapi hari Isnin putri tengah aku selalu pesan supaya beli Berita Harian kerana kat dalam ada sisipan khas untuk UPSR.

Kat Pertronas tersebut ada MCDonalds...hehe apa yg seronok aku lihat adalah...begitu panjang nya kereta yang beratur di drive thru... tak pernah aku tenguk pada hari2 biasa suasana seperti itu....!!

Nampak nya...sekarang ini ada satu lagi cara untuk menusia yang tidak berpuasa bagi menjamu nafsu mereka.Tetapi sekurang2 nya mereka tidak makan di khalayak ramai!!

Kalau kita tenguk pada jenis2 kereta yang beratur tu hehe..kita boleh agak golongan mereka ini....harap nya...mereka itu membeli untuk anak2 mereka atau untuk kaum wanita yang tidak boleh berpuasa... haha sudah tentu jantan2 yg mampu pandu kereta itu juga mampu untuk berpuasa...!!!

Apa pun...yang penting kita jaga diri kita dan keluarga kita.... kepada yang tak nak berpuasa tu...itu urusan mereka dengan Allah asal saja mereka tidak makan di khalayak ramai!!

Tiada ulasan: