Rabu, 11 Ogos 2010

AIR CEDOK KAT BAZAR RAJA ALANG NAIK KE RM 1.50 SEGELAS !





Selamat berpuasa... semuga ada semua mampu menjalankan ibadah ini dengan sempurna!
Bila tiba bulan puasa, maka juadah berbuka tentu menjadi topik utama kepada kebanyakan kita. Dan di KL ini tempat paling popular adalah di Jalan Raja Alang.

Di sini berbagai jenis makanan dan minuman yang ada...dan berbagai lapisan orang juga berkunjung termasuk lah
Tun Dr Mahathir yang saban tahun akan membeli juadah kat sini.

Dalam kata lain reputasi bazar ramadan Jalan Raja Alang cukup tinggi... tetapi untuk tahun ini aku memang tidak puas hati bila air minuman yg dicedok itu telah dinaikan kan ke harga RM1.50 segelas atas alasan gula naik harga. Kot ye pun gula naik tak kan lah harga minuman pula naik antara 30-50 sen segelas??

Poyo betullah peniaga air ni, berapa sangat modal yang dikeluarkan untuk segelas air tu?? tahun ini aku boikot beli air kat situ!! baik aku beli air kotak  satu litre pun tak sampai RM2.00!!!

Tiada ulasan: