Jumaat, 13 Ogos 2010

BELI SELUAR RAYA UNTUK PAKAI 30 TAHUN..!!




Isteri aku balik dari Sogo...borong baju raya untuk anak2... !! Memang bijak lah tokey2 Mall ni bila sasarkan org perempuan sebagai target pelanggan mereka..!!

Memang betul jugalah bila dikatakan perempuan ini ada 1 otak dan 9 nafsu... dan nafsu shopping ini aku kira antara nafsu yang besar..mereka beli dan borong ikut kata hati saja.....!!!

Bayangkan..isteri aku boleh beli seluar untuk anak aku....tetapi sebab tak de saiz kecik...saiz besar pun dia bedal... kata nya supaya boleh pakai lama.... hehe selama mana sangat anak2 nak pakai seluar tu...!!

Alasan tu aku boleh terima lagi..tetapi bila dia beli seluar untuk anak yg boleh muat seluar 7-8 tahun...tetapi isteri aku pun boleh pakai seluar tu.... cam mana??? bila aku tanya sekali lagi dia kata supaya boleh pakai lama... haha cuma aku nak tahu...apakha si anak itu akan pakai seluar tu sampai dia sebaya dengan ibunya???
hahaha...kalau dah nak beli tu....apa2 alasan pun boleh..... perempuan!!! perempuan!!

Tiada ulasan: