AKU, DIA DAN DUNIA...!! MACAM-MACAM ADA...!!
jika dunia bisa berbicara...tentu cerita nya penuh gelak dan duka...!!
Isnin, 19 November 2012
GAZA PERLUKAN BANTUAN KITA... JOM DERMA!!!
Yang lebih afdal kita menderma demi survival saudara2 kita di Gaza..!! Jom derma!!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sabtu, 17 November 2012
Fw: KEMBARA NEGARAWAN JEJAK TUN M www.kelabchedet.com Putra Jaya - Langkawi Terbaikk !!!!
To: kudahitamKCD.tunjung@blogger.com
Subject: Fw: KEMBARA NEGARAWAN JEJAK TUN M www.kelabchedet.com Putra Jaya - Langkawi Terbaikk !!!!
Sent: Nov 17, 2012 3:06 AM
------Original Message------
To: kudahitamKCD.tunjung@blogger.com
Subject: KEMBARA NEGARAWAN JEJAK TUN M www.kelabchedet.com Putra Jaya - Langkawi Terbaikk !!!!
Sent: Nov 17, 2012 12:58 AM
Bermula di Putra Jaya pada pagi 8 November hingga 11 November di Pulau Langkawi .. Program Jejak Tun M anjuran www.kelabchedet.com amat meriah. Program yg mengumpulkan ahli dan keluarga Kelab che det berjaya memberi info yang lebih mendalam tentang Tun M dan cara hidup nya kepada semua peserta Kembara.
Mereka dibawa melawat ke Geleria Pedana di Jalan Terengganu dan kemudian terus ke rumah kelahiran Tun M di Alor Setar dan seterusnya ke Pulau Langkawi untuk acara kemuncak iaitu Santai Bersama Tun M dan Tun Siti.
Sebelum itu Forum pemikiran Tun M telah dianjurkan oleh www.kelabchedet.com bersama Perkasa Langkawi pada malam 10 November di auditorium LADA yang turut dihadiri oleh Datuk Seri Shahidan Kassim.
Ternyata Santai bersama Tun M dan Tun Siti amat meriah. Tun M sampai tepat pukul 10 pagi di Geleri Perdana Langkawi dengan memandu sendiri kereta.
Acara Santai berjalan selama 2 jam dimulakan dengan ucapan alauan dari Pengarah Program Kembara di ikutii ucapan dari Pengarah Galeri Perdana Langkawi dan ucapan dan amanat Tun M kepada peserta2 Kembara.
Suasana menjadi lebih santai dan mesra ketika sessi soal jawab... Tun M dan Tun Siti begitu sporting menjawab dan bermesra dengan keluarga ahli kelab.
CEO LADA yang duduk sebelah ambo pun kelihatan begitu teruja dengan program tersebut. "Baguslah program macam ni.." Kata beliau kepada ambo...!! Bangga juga ambo dengan pujian itu.
Acara diakhiri dengan jamuan makan tengah hari bersama Tun M di perkarangan Galeri Perdana . tq pengurusan Galeri krn makanan yang amat enak.
Ambo merasa amat bertuah kerana diberi peluang makan semeja dgn Tun M... Maka sempat lah ambo bertanya beberapa soalan dan dijawab dengan amat bernas oleh Tun M.
Dalam kesempatan ini ambo ingin mengucapkan setinggi penghargaan kpd semua pihak yg menjayakan program tersebut....!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Selasa, 23 Oktober 2012
Tun M Pun Guna Proto exora.
Sebagai Negarawan Terulung kehadiran Tun M memberi ucaptama pada majlis itu memberi impak yang besar.
Dialog itu turut dihadiri oleh Dr Yoici Kagawa, Pengarah Institut Falsafah Oriental dan Prof Dr Mohd Hamdi dari UM.
Aku amat teruja bila Tun M cuma hadir dgn menaiki kereta Proto Exora... Maka benar lah ..Ular Menyusur Akar tidak akan hilang bisanya...!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Isnin, 22 Oktober 2012
Tahniah Pasukan Gomo Kelate Gomo!!
Gomo Kelate Gomo!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Nak Membelok..Pasang signal lah wey..!!
Aku kadang2 hangin dengan pemamndu seperti ini..susah sangat ke nak pasang signal tu?? Apa guna lampu signal dibuat cantik2 kalau tak mahu guna??
Cuma dengan pasang signal kita sebenar nya memudahkan ramai org ..termasuk kepada yg sedang mengekor kenderaan kita dari belakang. Cuba bayangkan kalau tiba2 kenderaan depan kita membelok tanpa bagi signal...silap2 boleh berlaku kemalangan..!!
Kepada yg berat tangan nak pasag signal tu...fikir2kan lah susah org lain juga..jangan cuma penting kan diri sendiri saja..!!!
Jumaat, 19 Oktober 2012
Tak Rugi Tutup Gerai Sekejap Untuk Sembahyang Jumaat..!
Bila org sedang menunaikan sembahyang..ada beberapa org pemuda yg mengusahakan gerai itu..langsung tidak merasa malu utk tidak turut sama menunaikan fardhu tersebut.... mereka selamba duduk dan makan di gerai sementara menunggu org habis sembahyang jumaat utk membeli makanan di gerai mereka.
Sebagai org islam...tidak rugi rasanya mereka menghormati org yg sembahyang jumaat. Malah tidak rugi rasa nya utk menutup sekejap perniagaan dan turut sembahyang bersama2...!!! Allah tidak akan merugikan hambaNya ..hanya kerana beribadah..!!!
Khamis, 18 Oktober 2012
Macam Mana Tiket Final Kelantan VS ATM Setengah Jam dah Habis????
Tetapi di Kelantan ..sesuatu yang aku rasa perkara paling tidak wajar berlaku lagi... 10,000 tiket untuk final yang di jual di perkarangan stadium Sultan Muhamad ke 4, habis dalam tempuh setengah jam.
"ambo tunggu sini sejok pukol 8 pagi...tp pukul 10 pagi habis doh..!!"... itu antara rungutan penyokong kelantan.
Aku pelik juga..megapa isu seperti ni terus berlaku..dan terus berlaku..apa kah tiada tindakan dari pihak berkenaan. kesian kepada penyokong Kelantan yg ikhlas utk menyokong pasukan mereka ...!!
Aku harap penyokong Kelantan tidak patah semangat dengan isu ini...!! Dan kepada penyokong Kelantan yg akan turun ke KL...pandulah dengan selamat....dan jange galok2 sangat!!!
Pesakit Cuma Ada 2 Jam lagi untuk hidup..!!
Seorang sedara terdekat dimasuk kan ke wad. Penyakit nya sangat serius. Berbagai usaha dan berjenis2 ubat telah masuk tubuh beliau, tetapi penyakit tidak berubah malah kelihatan semakin serius. Pasukan doktor yang merawat sudah habis iktiar.
Doktor telah memanggil semua keluarga terdekat pesakit untuk melawat. Pada waktu itu doktor telah memberi ubat terakhir kepada pesakit... dan pada masa yg sama doktor juga memberitahu kepada suami pesakit bahawa....isterinya cuma ada 2 jam untuk hidup.
Mendengar kata2 doktor tersebut..si suami meminta izin utk membawa isteri nya pula..tetapi doktor tidak membenarkan " Jika pakcik bawa isteri pakcik keluar dari wad ini ...sebelum sampai ke lobi isteri pakcik akan meninggal..."
Tetapi alhamdullilah...selepas diberi ubat terakhir..tiba2 pesakit mula menunjukan tanda serasi..dan telah sihat sehingga sekarang..!!!
Jelas...walau pun cuba ada 2 jam...kita perlu berusaha..kerana mungkin masa 1 saat itu pun mampu selamatkan 1 nyawa..!!
Rabu, 17 Oktober 2012
Halalkah Duit Perniagaan tu?
" air kelapa ni harga sampai RM2 ..tetapi rasa nya macam air paip..." marah betul dia.
Aku jadi terfikir juga..mengapa masaih ada peniaga yang nak kaut untung mudah macam tu..!! apakah mereka berniaga tidak pernah fikir dosa pahala??
Semuga kita dilindungi sifat seperti itu..!!